Saturday, December 3, 2011

OMBAK RINDU

Tersentak
terpana akan kehidupan yang bagaikan roda
terkapai2 melawan ombak dilautan
namun kekuatan diri hanyut
bersama derasnya air yang mengalir
hanya pasrah dan kejujuran dalam diri
kental diiringi imbauan kembali
mereka yang telah pergi

Rindu...
rindukan kesempurnaan hidup
pilunya hati dikelilingi suasana berliku
walaupun tersergam disisi
mahligai istana lengkap segala
ia hanyalah pelengkap diri yang tiada makna

ketidak tenangan diri tetap menhantui
menyesalkah?

Kesepiaan...
kehampaan...
kerinduan...
bagaikan teman saban hari
tiada siapa yang mengerti
suara yang nyaring
diiringi pandangan nan menusuk...
perintah yang tiada bantahan
walau hati tak lekang dek ngomelan
tak siapa mendengar
hanya dinding dan hiasan berwarna
 sama warna dengan hati tak keruan
tak pasti sampai bila...

Namun terlihat seketika
senyuman menawan layanan istimewa
dan ketawa kedengaran
kebenaran terpaksa
penyeksaan hampir terlerai
sayangkah?
cintakah?
ianya sementara cuma
yang pasti....
KEPERCAYAAN masih terhalang
tersangkar kembali dimahligai indah

Hati nan terluka
sentiasa tercari-cari
apakah sebenarnya yang tersirat
apakah itu telah tersurat
(Fauziah Ashari)


Ku imbau kembali puisi ini yang pernah ku tuliskan kedalam buku catatan ku pada 20 Jan 2005 dahulu, ku sendiri tak pasti kenapa ku  begitu meminati puisi ini selepas membaca novel 'ombak rindu'. Hampir setiap tahun selepas itu ku akan menyalin puisi ini disetiap dairi harian tahun2 berikutnya untuk beberapa tahun. Namun setelah berlaku sesuatu pada dairiku, ku telah mula berhenti menulis dairi hingga kesaat ini. Mungkin ku akan mula menulis dairi lagi ditahun2 akan datang kerana tulisan seperti tak boleh ku tinggalkan kerana itu saja cara untuk ku berbicara....

Monday, November 21, 2011

TAK PERLU

tak perlu sunyi lagi
tak perlu sepi lagi
kerana masa kian berlari
tiba2 hari ini tertinggal lagi
esok kian menempati 
terlalu pantas seumpama kilat

Tak perlu sepi lagi
kerana masa selalu ingin pergi
tanpa sempat menghitung hari
tiba2 telah berada dihujung rambulan
padahal cerah mentari baru dikecapi 


                                tak perlu sepi lagi
                        kerana hidup ini terlalu singkat
sedang tercari2 tiba2 ia telah pergi
tanpa sempat memegang...
apalagi mengusap

tak perlu sepi lagi
walau luka masih menghiris
atau tawa masih bebas berterbangan
yang perlu hanya menikmati
jua menghayati saat2 ini...
dengan kesyukuran
kerana masih bernafas.

Thursday, November 10, 2011

1 KESAH IT

Hidup taklah semudah yang disangkakan, kadang2 indah, adakala begitu meresahkan. ku terbaca satu kisah ni kat internet, kebetulan je...tiba2 terjumpa. Tu yang nak aku kongsi ni, nak buat renungan....tunggu

Tuesday, November 8, 2011

BAYU

'Negeri dibawah bayu'
bertamu aku didadamu
saat kehilangan kuntum ditaman ini
saat mendapat kejora yang tiada kepastian
saat meniti hidup baru
dalam mencari kedamaian
tika merah dendam masih didada.
Sejuk namamu 'negeri dibawah bayu'
kian menyejukkan jiwa laraku
bertatih meniti helaian hari
mencari cinta sejati.
Sayup...
menapak bersama lembut dingin gunungmu
wahai 'Kinabalu'
saat aku jejaki... 
mengusap nyaman relung hati
saujana menghijau dihazel mataku
benar2 mengubat laraku
yang masih beradu
indah mekar kembangmu semekar hatiku
memutih kabusmu menyapa awanan
bersatu dipuncak itu.
Megah...
 ku gapai awanan yang pernah jauh
seiring lembut rerama berterbangan
ingin hilang dialammu

setelah dua musim berlalu
aku makin tabah
gagah sepertimu!
Kerana aku tahu...
kakiku masih berpijak dibumi cinta itu
dan...
tubuhku masih berteduh dibawah langit rindu.


BIAR




biar sepi
biar sunyi
tak mengapa
daripada sakit hati
daripada dilukai
biar dianggap patung tak bernyawa
tak mengapa
kerana...
patung inilah yang mengisi tawanya
tanpa dia sedari
patung inilah yang menjaga warisannya
patung inilah yang pernah menjaga ibunya
patung inilah yang memuaskan nalurinya
biar dianggap ular sawa
namun ular inilah yang membelitnya manja
ular ini tak menyakiti
hanya mampu berdiam diri
tidak seperti mawar yang dipuji
tanpa berhenti mengejar
mewangi namun berduri
menikam setiap hari
melukai setiap inci
mengalir darah tanpa disedari
membunuh insan lain dalam sucinya
harum indah bunga diberi
bisa duri menikam tanpa disedari
namun sematkan dalam ingatan
sawa ini akan beraja
andai tiada henti disakiti
dan...
patung ini masih bernyawa
punya roh dan jiwa
bila2 masa akan bertahta!

Sunday, November 6, 2011

Anuar Zain Cinta Harus Memiliki

waktu telah berubah
namun hati tetap sama...
seperti ombak, pantai...
tetap setia bersatu
walau dimana
malam, siang...
dalam keindahan...

hati...
saat terluka
sakit...
letih...
masih berdendang
lagu2 sengsara
masih bisa bergetar
menbilang makna2 bahagia
yang pernah bertahta
masih bisa bernyawa
dengan bisik2 redho
menikmati titis2 kesyukuran
yang tiada pernah lenyap
hati...
dalam mencari erti tenang
merah bara dendam
kukuh ingin dilontar
tetap mencuba bertahan
menjadi tabah
dalam bait2...
'Allah..aku tetap bersyukur!'

Thursday, October 6, 2011

HIDUP...

semalam yang manis
semalam yng resah
semalam yang menikam jiwa
lara dalam kesakitan
duka dalam kepayahan
setia titis2 kedukaan
namun tetap manis dalam kenangan
makin mengajar erti kehidupan
makin matang dalam melangkah
tanpa gentar lagi
tanpa ragu lagi
gagah terus berjalan
mara kehadapan....
bebas melayang
menggapai harapan
menggarap impian
beterbangan....
lepas...
kegirangan...

Wednesday, September 14, 2011

HUJAN

Pancaran kilat menerangi
berapi menakutkan
amaran dari tuhan
namun bumi tetap teguh
mesra rela mengusap lembut
bersatu indah
tanpa hirau marah guruh berdentuman


hujan...
setianya menuju bumi
belahan panah tanpa kasihan
dihembus taufan melayang
dibalut suasana suram
tetap teguh arahmu


hujan...
ingin aku sepertimu
lembut, dingin, mengasyikkan
tabah, gagah dalam kilauan
membasah tubuh dalam dakapan
mesra menyatu keserata alam
membina sungai2 indah
tasik2 bercahaya
laut luas saujana memandang
walau sesekali mengganas
tetap mengagumkan
tanda kebesaran Nya

Monday, September 12, 2011

PRASANGKA

Sekali dia menyapa
hati tersentuh hiba
kiranya masih diperhati
dalam sepinya berita
dalam bisunya kata2
dalam sunyinya suara...

tertunduk sendu
tergaris luka gembira
tanpa sedar kolam mata berkaca
menjadi sungai indah
tanpa suara
tanpa irama...

sedang hati kian tertanya
kerana apa sapanya
untuk mengubat luka
atau menambah sengsara
atau menyambung bicara bisu yang kian menjauh
atau bawa berita dia masih peduli
atau pesanan agar aku tetap tabah
atau tanda dia masih ada...

Aahh...! Hati...
janganlah prasangka
akui saja...!
bahagia bertahta

JB, 09072011, 9.27am

HIJAU PELANGI

Kau juga pelangi ku
indah warnamu berbaris menebar alam

memukau sejuta pandangan
terpaku menatap dengan hati gelisah
terbayang seseorang


wajahmu sering dilayar itu
titik hijau menyerlah tanda kehadiran
jauh entah dihujung mana
jejari mesra membelai kaca
namun sempadan merentangi
terhalang dari terus berbicara
ucapan salam tidak berbalas
khabar diri tidak ketahuan
kaku mata menatap titik hijau
menutup titik pelangi nan indah
yang tidak lagi dihirau


titik hijau dalam tatapan
bimbang hilang sepantas kilat
rela tanpa kata
agar terus menyala
kerana getaran dapat kurasa
hati kita sedang berbicara
bisu tanpa tinta
tanpa sedar ada kesakitan
didalam dada...


JB, 19082011, 8.41am

Sunday, July 24, 2011

MISTERI SEORANG TEMAN...1

     "Byk2kan brsbar, bristigfar selalu! Allah sedang mnguji kamu sbgai kifarah dosa2 yg lalu..", Lembut suara ustzah brbisik ditelinga smbil memeluk sahabatku, Mia. Terserlah keikhlasan diwajah tenang yg penuh simpati dimataku. Dan Mia yg layu kepenatan dgn beban perasaannya sejak sebulan yg lalu, baru hari ini katanya jiwanya begitu damai. Ditempat yg berkunci & brjaga rapi ini. Hari ini 23 jul 2011 adalah hari kedua dia mnetap dsini.
     Berjuta simpati ddlam dadaku melihat Mia yg dlunya penuh semangat, brtenaga brmain brsama kami dgelanggang bola jaring dtengah kepanasan mentari pagi atau petang. Mlah hebat tngannya mmbaling bola bowling dsertai jeritan kegembiraan melihat pin2 brgolekkan jatuh. Bahkan tngan itu jugalah yg lincah memasak dpertndingan antara unit2 mewakili pasukan kami. Tangan itu jugalah yg pernah mngurut kakiku yg lenguh selepas brmain bersama, mngurut tngan yg sakit dek bola bowling, mngurut kesakitan seluruh badan kawan2 ku juga dan ada antaranya yg bru lepas melahirkan. Sekarang tngan yg kuat itu ku lihat begitu kurus & lemah mnggenggam erat tngan ustazah. Tangan itu yg menjadi lebam akibat dari bberapa suntikan ubat yg tdak ku ketahui utk apa. Mataku kembali memerah semula setelah ku kuatkan hati tadinya bila trlihat mata teman2ku yg lain mula mmerah dgn airmata. Tak putus2 mata ini mnatap wajah Mia penuh simpati.
     Sesekali ku memerhatikan pesakit2 yg lain dsekitar ruangan itu yg brbagai2 ragam. Hatiku makin dibaluti sayu melihatnya, mengamati ujian2 yg sedang mereka lalui. Seorng gadis cina sedang mnyanyi riang dgan tarian ringan, sekali brhenti mngambil jajan yg trsedia lalu mngoyaknya, malah dgn senang hati mnyuapkan seorg pesakit yg lain..trpegun ku dibuatnya melihat pesait yg lgi stu mndongakkan kepala keatas smbil mnganga mmkan jajan itu. Subhanallah! Wlau ddlam keadaan begitu msih brmurah hati. Ku paling muka kesebelah yg lain, seorg gadis muda yg ku tak pasti bangsanya sdang dduk bersila dgn tngan yg masih brjarum sedang bercakap sndirian seolah2 brsyarah ddlam bahasa malaysia & inggeris. Masih terlalu muda."Ya Allah! Kasihannya mereka, adakah mrka sedang brbahagia ddalam dunia mrka sndiri atau sebenarnya jiwa mrka sdang mrintih kesakitan?" Aku trtanya2 sendiri, dan ku tringat cita2 ku sewaktu dzaman prseklhn dahulu ingin sekali mnjadi seorg pkar psikolgi tapi tak kesampaian. Aku ingin sekali mmbantu mrka2 yg sprti ini. Ddlam ruang yg bsar & trkurung ini ada jiwa2 yg brmacam2, ada yg brbahagia, brsedih, trluka, penuh dendam & entah apa2 rsa lagi agaknya.
     Aku hnyut dlam prasaan sayu, brsyukur krna ku masih tguh berdiri dgan jiwa yg msih kuat. TERIMA KASIH ALLAH! 

Thursday, April 14, 2011

Berganti Hati (Anggun)

satu persatu telahku hapus
cerita lalu diantara engkau dan aku
dua hati ini pernah percaya
seribu mimpi tanpa ragu dan curiga

ku tak ingin lagi
 menunggu, menanti
harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
ku tak ingin cuba
hanya tuk kecewa
lelah ku bersenyum
lelah ku bersandiwara
aku ingin pergi dan berganti hati

satu persatu telah ku hapus
nada dan lagu yg dulu kucipta untukmu
rasa yang dulu pernah ada
kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

kini ku sedari diri ini
ingin berganti hati
cinta yang telah pergi
harus berganti hati

harus ku ganti hatiku kini
ini harus ku ganti
tak perlu ini lagi...
harus ku ganti

Mengapakah Ibumu Menangis? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Mengapakah Ibumu Menangis? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, February 16, 2011

yg tersirat

kesunyian sering menjerat
tanpa sedar kaki terikat
kata-kata manis bermadah
nasihat ikhlas jadi nyanyian indah
membelai jiwa gelisah
mngikat hati gundah

hatinya mula berputih
bunga2 kecil memutih
sesuci salju membeku
aahh...ku x mampu menahan dia
kian hari kian meluah putik2 yg kian berkembang

terasa amat menakutkan
mula mengocak jiwa yang damai
bakal membawa ribut yang tak tau sebesar mana
taufan yang bisa mnghancurkan
istana kecilku yang kian usang
kian tua dimamah waktu
yang nampak lemah tpi sebenarnya gagah
tanpa dia ketahui...
kami masih utuh sebenarnya
dari hari kehari
 dewasa bersama usia dan dugaan...

tolonglah mngerti wahai teman
janganlah mngambil kesempatan
dalam kebaikanku
semata untuk mu lari dari kesepian

tolonglah fahami wahai teman
teruslah berjalan dengan tabah
tanpa perlu mencalarkan perasaan ku
menuju ke halamu sendiri
jalan mu sendiri
kerana ku amat pasti
Allah akan menunjukkan jalan keluar buatmu
cahaya untukmu
seiring doa tulus dariku.

Friday, February 11, 2011

kekuatan

Ya Allah...
ku mohon kekuatan dari Mu
sekuat pokok kaktus d tengah gurun
menentang matahari yang membakar
tanpa belas kasihan
pindahkanlah tenaga mentari itu pada ku
kerana aku perlukannya

Ya Allah...
lindungilah diriku
berilah kekuatan padaku utk melindungi diriku sendiri
seperti pkok kaktus berduri
yang mampu melindungi dirinya sendiri
dari gangguan manusia dan haiwan
sendirian



Ya Allah..
indahkanlah diriku
seperti bunga2 kaktus yang mekar
dibawah sinar rambulan & matahari
dengan cahaya keimanan & ketakwaan
dalam rahmah & mawaddahMu

Ya Allah...
peliharalah diriku
seperti Kau pelihara kaktus berduri itu
dari ribut kencang yang berdebu
dari hujan lebat yang memusnahkan
hingga ia masih gagah berdiri digurun itu
meniti hari2nya dengan megah

Ya Allah...
ku mohon ketenangan & kebahagiaan dari Mu
seperti sekelompok pokok kaktus
yang hidup subur membiak
bersama kalangannya
tanpa gangguan sesiapapun
aman & damai
walau jauh terpencil
jauh tak tercapai tangan
yang pasti tetap memijak bumi & langit yang sama.

Ya Allah...
akan benar2 mohon perlindungan Mu
dari mereka yang tanpa hentinya
membuat airmata ini menitis
kerana aku tak mau
menjadi seperti kaktus berduri
yang lemah & musnah dengan kelembutan air
kerana aku bukan kaktus berduri
aku hanya makhlukMu
yang ingin punya kekuatan
kekuatan iman.

Wednesday, February 2, 2011

Jalan2

     Jalan2 cari makan, jalan2 makan angin, jalan2 cari kawan..jalan2 cari ketenangan. Bukan nak jalan sangat pun sebenarnya, tapi kene jugak keluar. Takkan nak duduk dalam rumah aje kan! Nanti macam katak bawah tempurung pulak.
     Tak kisah la, yang penting kene makan jugak untuk teruskan hidup yang banyak cabaran ini. Lepas tu boleh lakarkan kisah kehidupan tu disini. Bila kelapangan, baca la semula kan...
     Ada sorang kawan ku kata, bila membaca tulisan ku, dia kata mcam orang frust je. Susah jugak nak mengiakan atau tidak sebab hidup ni penuh dengan cerita sebenarnya. 
     Dah bertahun2 hidup, mestilah byk cerita yg terlakar. Bila dihitung2 sebenarnya kisah hidup yg gembira lebih banyak dari yg derita. Cthnya dalam 24 jam itu, hanya sesekali aje kita berduka, menangis, yg selebihnya banyak berkata2 & ketawa. Malah kadang2 tak berduka pun berhari2, tapi masih jugak tak sedar. Tapi kesan tngisan itu amat menyakikan dari kesan ketawa jadi kita pun lebih terpengaruh dengannya.
     Aku rasa, ku pun begitu jugak agaknya, tak sedar. Jadinya bila ada masalah cepat je banyak idea yg nak ditulis, padahal perasaan tu datang hanya beberapa ketika aje dibandingkan disaat santai & bahagia itu. Disaat suka tak ada pulak idea nak mnulis, melakarkan segalanya, macam tak tau nak tulis apa2, jadi hilang segala2nya! Memang buruk perangai betul! he he...sabar je lah!
     Nak camna erk! Dah idea tu tak ada...atau memang tak cukup berkesan ke kegembiraan tu! Rasanya tak! Inilah yang dikatakan manusia tu mudah lupa & lalai. Jadi banyak la tulisan2 yang agak menampakkan kekecewaan jadinya. 
     Yang penting minta2 kita semua berfikiran positiflah sebab2 kelemahan2 tadi, tak semestinya kalau banyak perkara2 yg tertulis tu merupakan kesalan, kesedihan, kedukaan atau apa2 yang nampak negatif tu, selamanya negatif. Anggap je lah salah satu cara menenangkan diri sendiri disaat2 yg sedang brduka sedikit waktu itu, hanya seketika je...yang selebihnya banyak kegembiraan sebenarnya. Malah ku sentiasa merasa amat2 bersyukur dengan kehidupanku selama ini, dulu, sekarang dan selama2nya, InsyaAllah! Kerana ku amat yakin dengan keadilan Allah.  

kg ku...

wow...! bestnyer bila balik kg..
htiku mesti berbunga2 suka
sekian lama meraih kerinduan ditempat org
 suatu tempat yang asing
insan2 yang asing
kini ku kembali lagi ketmpat kelahiranku
tempat ku dibesarkan
tempat ku bermain tanpa banyak masalah
tempat yng tenang tanpa deruman kenderaan
 tempat yg amat dingin dikala malam tiba
hati kupun trut dingin
dan damai...

Thursday, January 27, 2011

suka2 ati ku aje...(2)

     Pagi Jan 25 ku kluar la, konon nak cri kad hrjadi...kek dh beli, kecik & murah je, ok la, dri x adakan...ku pun bukannya byk duit sngat.  gi la kt 'the store' yg x jauh dri rmah, sbb ku memang suka cari kad2 kt situ, cantik2 & ada kelas. cik abg ku kata the store x mnrik, tpi bgiku kat situ la ku dapat barang2 yg brjenama yg baik2, tambahan klau tngah offer dia akan jadi berbaloi klau brbelanja kt situ.
     Ku jlan2 sorang diri kt situ, almaklum la anak2 sume sklah. Sebenarnya ku takut gak jln sorang2 tpi klau g spermrket rsa selamat sikit, lagi pun ni kes trdesak. Kad pun dah beli, pusing2 je la lgi. Byk offer ari ni sbb tak lama lagi nak taun bru cina...geram gak tngk.
     Wow...ada offer beg dompet kulit wanita/lelaki, 70% beb! Cam ne ni, bgus bangat ni buat hadiah hrijdi. Tapi ari tu dah x nak bgi, tpi tergerak plak dlam hati ni Allah suruh bagi kut! Harga RM79, 69 mlah 100> pun ada...dh dscaun tnggl 23 keatas je, murah...! Itu la tiba2 je terjumpa...he he, beli je la bbrapa buah, tuk dri sendiri, tuk abg & tuk kawanku yg nak posting x lama lgi. Huh beres...! Senang cita...
     Balik umah, bungkus la hdiah & kad lalu ltak je kt atas almri bilik je..msa berlalu & ku pun dah tr lupa. Dah mlm, ku brsantai2 je tngk tv, tiba2 je abg(keluar dri blik) mcam suka je cakap...'ni hadiah & kad arijdi abg ke..? He he...ku tergelak dlm hati, ada taman dlam hati...ye la, smpan la dulu smpai dmpet yg lama tu rsak bru pakai. Brbaloi la kut...!
     Yg seronoknya mlam tu mkan 2 kek hrijadi..dri ku & dri teman2 pejabat abg, so sweet...!

Monday, January 24, 2011

suka2 ati ku aje...

     Slam...! Pagi2 ni ku memang  sorang2 kt umah, best gak kadang2 tapi adakala boring giler, tpi ari ni ok je...nak sambung tido pun x de sesapa nak larang tpi aku ni klau pgi2 ni memang x bleh tido nnti kepala naik pening, lagi pun orang tua dah pesan, x baik tido pagi...rezeki lari..he he ntah betul ke x, x tau la. Lgi pun banyak je keje umah nak wat.
     Ari ni ari jdi abg, seblum dia g PT & anta ank2 g sklh, ku dh ucap la slmt kt dia tanpa kad atau apa hadiah pe lagi...sprti thun2 seblumnya, nnti la ari ni kut...bli kek je ,kenyang gak kami. Sebenarnya pnya la mrajuk, thun lpas bgi hdiah, x sudi pun dia bukak, dia tngk je...(agak ea dio pun mrjuk ngan den mso tu! pdan muko den...) dh bbrapa ari, ku yg buka sndiri, tau la tiap thun ku bgi selai kemeja je, bkan murah la, dkat seratus gak harganya tpi ada diskaun la...mano den mampu klau x do potongan kan! 
     Tahun ni ku ingat2 je ari jadi dio dlm kepala sejak sebulan dlu...x nak bagi adiah lagi! he...he, bgi kad je la, biar dia leh tengok/simpan lama2, dah kerepot pun boleh tngk lgi...tu pun klau dio simpan kan! Nasib aku la kan...

     Lgi pun den geram, dio asyik ingat ari jdi orglain yo...sabo je laa...

Monday, January 17, 2011

KELIRU

   Bila kemarahan mula  bertahta dihati,
jiwa menjadi tidak tenteram lagi.
Kebencian pun mula menjenguk dasar hati.
Lalu menetap disitu.
Amat sukar untuk mengawal perasaan ini lagi.
kesakitan yang amat sangat
pada siapa agaknya dapatku kongsikan
kawan sudah ku tidak percayai lagi
malah hampir semua orang sudah begitu jauh
hanya pada Allah
namun masih ingin mencari insan lain yang memahami
malah mahu berkongsi semuanya
tanpa hasad dengki, penuh keikhlasan, kasih sayang,
jua tidak menyakiti
walau dengan apa cara sekalipun...

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, January 12, 2011

SENDIRI

sepi sunyi sendiri lagi
kala ia datang terasa benci
namun kadang kala amat diingini
amat mnyakitkan
namun ada ketika amat diperlukan
malah kadangkala begitu menenangkan
ingin sekali lari dari gigitannya
bisa yang menyagat
waktu yang sama selalu inginkannya
untuk muhasabah diri
untuk kenali diri sendiri
sepi itu indah
sunyi itu tenang
sendirian itu resah

salam 2

     Dlam sbuah hadis mnyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah & kejujuran isteri terhadap suami di luar rumah. Patutlah setiap kali suami balik, terdetik dihati isteri, suaminya berbuat serong di luar. Klau tidak diluahkan pun, hatinya tetap berdetik & mereka2 sangkaan yg bukan2. Mula2 boleh dipendam, lama-kelamaan pecah juga. Suamipun begitu juga terutama jika isterinya bekerja & pulang lewat. Sangkaan buruknya sentiasa ada lebih2 jika isteri berlawa2 lebih sedikit dari biasa.
     Rupa2nya ini semua dimulakan oleh  seekor syaitan. Kerjanya mudah iaitu menanamkan rasa berburuk sangka diantara suami & isteri. Apabila kedua2nya mula tuduh menuduh, berlaku hingga membawa kpd keinginan untuk berpisah, itu tandanya ia telah berjaya. Maka tugas akan diteruskan oleh syaitan yg lain pula yang akan memastikan pasangan tadi benar2 berpisah. Dalam proses ini, perbagai bisikan supaya mengingkari perintah Allah akan dibisikkan, yang paling mudah ialah meniupkan rasa tidak puas hati terhadap takdir & menganggap semua kekalutan ini berpunca dari takdir yang tidak adil. Maka keimanan pun mula goyah.
     Rasullah s.a.w tidak akan masuk kerumah sehinggalah ia mendengar jawapan salam dari isteri baginda. Disaat itu syaitan tadi akan lari. Suami akan melihat isteri dgn pandangan penuh kasih sayang & kepercayaan, isteri pula memandang suami dgn rasa rindu & kasihan. Pasti kesefahaman & kebahagian akan dikecapi.
     Perkara ini nampak kecil tapi implikasinya amatlah besar. Hanya dengan tidak memberi salam ketika memasuki rumah, bibit2 kebencian akan bermula. Alangkah ruginya membiarkan syaitan bebas meletakkan bisikan2 jahat kedalam hati kita. Maka tetaplah kita mengekalkan salam walau dimana saja kita berada.
(catatan ini ku edit dari sebuah buku motivasi)