Tuesday, December 28, 2010

keikhlasan

2 ke 3 pagi
namun wajahnya tetap manis
tuturnya tetap ramah dan mesra
wajah bersih, jernih & bersinar
pandangan matanya penuh simpati
ku begitu kagum menghayatinya
 amat terasa keikhlasannya meresap kedasar hati ini
sedang hujan masih rintik membasahi tubuh insan lain
dibawah pohon yg tercantas dahannya
menunggu giliran....
untuk ikhtiar yang terakhir kalinya
untuk tubuh yang dah x mampu bertahan
menahan kesakitan yng mencucuk2 seluruh badan
dan aku salah seorang insan itu
Ya Allah....
kiranya masih ada insan yang begitu mulia
memberi khidmat tanpa ingin balasan
tanpa mengira penat lelah
tanpa mengira putaran waktu yang ia tertinggal utk dirinya sendiri
tanpa mengira siang, malam & menjelang subuh
tanpa mengira lenanya terabai
ku jadi begitu terpana
sedar diriku jauh berkurangan
terlalu jauh ketinggalan
kalaulah ku boleh sampai ketahap itu
keikhlasan yng tiada bandingan
sudah cukuplah rasanya hidup ini
segala2nya kerana Allah
seperti dia yang melimpah2 hatinya dengan keikhlasan
dan hatiku jua melimpah2 doa utknya
muga kerja2nya dibantu Allah sentiasa....
 

No comments:

Post a Comment