Saturday, December 3, 2011

OMBAK RINDU

Tersentak
terpana akan kehidupan yang bagaikan roda
terkapai2 melawan ombak dilautan
namun kekuatan diri hanyut
bersama derasnya air yang mengalir
hanya pasrah dan kejujuran dalam diri
kental diiringi imbauan kembali
mereka yang telah pergi

Rindu...
rindukan kesempurnaan hidup
pilunya hati dikelilingi suasana berliku
walaupun tersergam disisi
mahligai istana lengkap segala
ia hanyalah pelengkap diri yang tiada makna

ketidak tenangan diri tetap menhantui
menyesalkah?

Kesepiaan...
kehampaan...
kerinduan...
bagaikan teman saban hari
tiada siapa yang mengerti
suara yang nyaring
diiringi pandangan nan menusuk...
perintah yang tiada bantahan
walau hati tak lekang dek ngomelan
tak siapa mendengar
hanya dinding dan hiasan berwarna
 sama warna dengan hati tak keruan
tak pasti sampai bila...

Namun terlihat seketika
senyuman menawan layanan istimewa
dan ketawa kedengaran
kebenaran terpaksa
penyeksaan hampir terlerai
sayangkah?
cintakah?
ianya sementara cuma
yang pasti....
KEPERCAYAAN masih terhalang
tersangkar kembali dimahligai indah

Hati nan terluka
sentiasa tercari-cari
apakah sebenarnya yang tersirat
apakah itu telah tersurat
(Fauziah Ashari)


Ku imbau kembali puisi ini yang pernah ku tuliskan kedalam buku catatan ku pada 20 Jan 2005 dahulu, ku sendiri tak pasti kenapa ku  begitu meminati puisi ini selepas membaca novel 'ombak rindu'. Hampir setiap tahun selepas itu ku akan menyalin puisi ini disetiap dairi harian tahun2 berikutnya untuk beberapa tahun. Namun setelah berlaku sesuatu pada dairiku, ku telah mula berhenti menulis dairi hingga kesaat ini. Mungkin ku akan mula menulis dairi lagi ditahun2 akan datang kerana tulisan seperti tak boleh ku tinggalkan kerana itu saja cara untuk ku berbicara....