Monday, November 21, 2011

TAK PERLU

tak perlu sunyi lagi
tak perlu sepi lagi
kerana masa kian berlari
tiba2 hari ini tertinggal lagi
esok kian menempati 
terlalu pantas seumpama kilat

Tak perlu sepi lagi
kerana masa selalu ingin pergi
tanpa sempat menghitung hari
tiba2 telah berada dihujung rambulan
padahal cerah mentari baru dikecapi 


                                tak perlu sepi lagi
                        kerana hidup ini terlalu singkat
sedang tercari2 tiba2 ia telah pergi
tanpa sempat memegang...
apalagi mengusap

tak perlu sepi lagi
walau luka masih menghiris
atau tawa masih bebas berterbangan
yang perlu hanya menikmati
jua menghayati saat2 ini...
dengan kesyukuran
kerana masih bernafas.

No comments:

Post a Comment