Wednesday, February 2, 2011

Jalan2

     Jalan2 cari makan, jalan2 makan angin, jalan2 cari kawan..jalan2 cari ketenangan. Bukan nak jalan sangat pun sebenarnya, tapi kene jugak keluar. Takkan nak duduk dalam rumah aje kan! Nanti macam katak bawah tempurung pulak.
     Tak kisah la, yang penting kene makan jugak untuk teruskan hidup yang banyak cabaran ini. Lepas tu boleh lakarkan kisah kehidupan tu disini. Bila kelapangan, baca la semula kan...
     Ada sorang kawan ku kata, bila membaca tulisan ku, dia kata mcam orang frust je. Susah jugak nak mengiakan atau tidak sebab hidup ni penuh dengan cerita sebenarnya. 
     Dah bertahun2 hidup, mestilah byk cerita yg terlakar. Bila dihitung2 sebenarnya kisah hidup yg gembira lebih banyak dari yg derita. Cthnya dalam 24 jam itu, hanya sesekali aje kita berduka, menangis, yg selebihnya banyak berkata2 & ketawa. Malah kadang2 tak berduka pun berhari2, tapi masih jugak tak sedar. Tapi kesan tngisan itu amat menyakikan dari kesan ketawa jadi kita pun lebih terpengaruh dengannya.
     Aku rasa, ku pun begitu jugak agaknya, tak sedar. Jadinya bila ada masalah cepat je banyak idea yg nak ditulis, padahal perasaan tu datang hanya beberapa ketika aje dibandingkan disaat santai & bahagia itu. Disaat suka tak ada pulak idea nak mnulis, melakarkan segalanya, macam tak tau nak tulis apa2, jadi hilang segala2nya! Memang buruk perangai betul! he he...sabar je lah!
     Nak camna erk! Dah idea tu tak ada...atau memang tak cukup berkesan ke kegembiraan tu! Rasanya tak! Inilah yang dikatakan manusia tu mudah lupa & lalai. Jadi banyak la tulisan2 yang agak menampakkan kekecewaan jadinya. 
     Yang penting minta2 kita semua berfikiran positiflah sebab2 kelemahan2 tadi, tak semestinya kalau banyak perkara2 yg tertulis tu merupakan kesalan, kesedihan, kedukaan atau apa2 yang nampak negatif tu, selamanya negatif. Anggap je lah salah satu cara menenangkan diri sendiri disaat2 yg sedang brduka sedikit waktu itu, hanya seketika je...yang selebihnya banyak kegembiraan sebenarnya. Malah ku sentiasa merasa amat2 bersyukur dengan kehidupanku selama ini, dulu, sekarang dan selama2nya, InsyaAllah! Kerana ku amat yakin dengan keadilan Allah.  

No comments:

Post a Comment