Monday, October 13, 2014

ermm...tengah fikir

October 10, 2014 at 12:06pm
mungkin tentang lautan
kebiruan jau kehijauan
berenang bersama penyu yg sering menangis
berkejaran mengikutmu hingga lelah
aduhai...
sekumpulan ikan mengerumuni
berputar tubuh menatapmu
bahagianya mnyambut dngan jemari terbuka
berterbangan sengsara menjadi buih2 memecah
ceria tanpa resah
berenang lagi tersesat dalam damai
aduhai...



Aduhai mata
kenapalah tak mau lena
Dalam samar cahaya
Dingin udara yg terasa hangat
terkenang indahnya lautan
Batuan didasar yg semakin gelap tan

Apa yg nk difikir lagi
apa yg terbayang lagipa mentari menjamah
Ketakutan tiba2 menerjah jantung bergetar kencang
Aduhai..tiba2 hilang arah
Pantas tngan melambai isyarat bantuan terarah pada dua insan entah siapa
Tanpa peduli siapa yg berenang laju itu
Panjang huluran jari terarah meski masih jauh kedepan
Ingin saja tangan ini kupanjangkan seperti hidung pinachio
Yg selalu ku ulang tayang suatu waktu dahulu
Cepat, cepatlah....
Bersatu jemari tanpa sedar hilang resah gundah
Bawalah aku segera kegigian pasir yg bisa ku jejak
Hish...terasa indah lalu tersadar
Ku berenang dipandu siapa
sedang kakiku belum meyentuh bumiMu
Kiranya ketakutan melupakan aku pada segala
Jua tenaga menjadi lelah
Terima kasih, terima kasih...!
Wahai lelaki asing yang mengembalikan
ketenangan hati ku diputih pasiran pantai itu
PERHENTIAN...
PadaNya kuserahkan menjagamu... 

Thursday, September 25, 2014

15082014...sempena hari Malaysia. Ermm....ni ha, msuk pertandingan memasak berasaskan pucuk ubi. Awalnya mlm tu mlas nk masuk, apa jer boleh msak pucuk ubi ni, masak lemak, sambal msak daun2 kayu + tempoyak, pecal....tu jer yg terfikir. Pagi tu duk teringat pulak kak tu cakap, masuk jer, takut tak ada penyertaan pulak, tak elok la kan...Huh, search google jer la pagi tu, cari resepi yg lain dari yg biasa....dapat la resepi kerabu pucuk ubi + jantung pisang ni... kat umah pokok pisang pun baru nak idup, seb baik umah akak den ado....kekedai pulak cari bhan2 lain, pucuk ubi bnyk jer sebelah umah ni....pe g cam lipas kudung la memasak...msa cukup2 jer, cik abg den anta kat blai rya....dennnn!!!!!....ada tugas lain menanti....iaitu nak anta omak poi klinik kesihatan, lwatan bulanan....1 jam lebih duk situ sambil memikir lauk pucuk ubi den yg tertumpah msa cik abg den nak bawak...ada ke dia nak naik motor jer....terjerit den, dah la penat...dah pesan bawa naik kereta...hu hu, seb baik yg tumpah hiasan dia, ikan bilis n udang kering...duk termenung sambil berehat, rasa nak lelap kat situ.... Akhirnya ni la hasilnya, den monang weiii....! Dapat no 1.......5, 6 org gak yg brtnding. Sodap kata pengadil dari KEMAS, akak den la ckap, den kan duk kt klinik tadinya....hmm, berbaloi gak, dapat la hdiah mngkuk 6 biji ni....he he, sonyum panjang den, tak sangka lak....Alhamdullillah, Subhanallah...

Friday, September 20, 2013

HUJAN

Tercari2 dalam diammu
Jejak yg kau tinggalkan kian pudar
Mungkinkah akan lenyap disapu angin nan rakus
Atau dibawa hujan yang deras
Ingin saja berlari dibawah dingin rintiknya
Agar airmata ini hapus sendiri
Dalam gemuruhnya
Lalu rindu itu lerai hanyut
Melepaskan luka sakitnya ingatan
Yang tersimpul dalam sanubari
Lalu bebas berterbangan sengsara
Andai semudah itu jalannya
Rela aku larut kebasahan dalam gelapmu.. — feeling tired.

AKU

...buangkan resah yg menikam
timbuskan luka dibalik senyuman
biar terhiris berdarah dek ungkapan
tetap tegar mata terpejam
lalu lenalah wahai jiwa nan meronta
rebah dipelukan rajuk nan panjang
terdiam...
faham...
siapalah aku disisimu
hanya melukut ditepi gantang
senja ini tidak merah lagi
mentari cuma indah dibalik sana
namun tetap sepi
awanan makin kelabu
berat kebasahan yg tiada tertanggung
sebasah hati melawan kerinduan
ingin saja melayang menyapa rambulan
yg masih lagi bersembunyi
mengintai disebelah kejora
ingin saja berbisik ditelinga anginan
bercerita tentang rahsia cinta yang tersimpan
ingin sekali mendengar nyanyian
dari serak basah suaramu
ingin sekali...
terayun dalam petikan gtar tua hiasan itu
walau pernah kau khabarkan alunannya tiada lagi
berkubur dilautan kenangan
ahh...kau memang begitu
selalu lari dan main sembunyi
lalu aku semakin lelah
pasrah...