Thursday, January 27, 2011

suka2 ati ku aje...(2)

     Pagi Jan 25 ku kluar la, konon nak cri kad hrjadi...kek dh beli, kecik & murah je, ok la, dri x adakan...ku pun bukannya byk duit sngat.  gi la kt 'the store' yg x jauh dri rmah, sbb ku memang suka cari kad2 kt situ, cantik2 & ada kelas. cik abg ku kata the store x mnrik, tpi bgiku kat situ la ku dapat barang2 yg brjenama yg baik2, tambahan klau tngah offer dia akan jadi berbaloi klau brbelanja kt situ.
     Ku jlan2 sorang diri kt situ, almaklum la anak2 sume sklah. Sebenarnya ku takut gak jln sorang2 tpi klau g spermrket rsa selamat sikit, lagi pun ni kes trdesak. Kad pun dah beli, pusing2 je la lgi. Byk offer ari ni sbb tak lama lagi nak taun bru cina...geram gak tngk.
     Wow...ada offer beg dompet kulit wanita/lelaki, 70% beb! Cam ne ni, bgus bangat ni buat hadiah hrijdi. Tapi ari tu dah x nak bgi, tpi tergerak plak dlam hati ni Allah suruh bagi kut! Harga RM79, 69 mlah 100> pun ada...dh dscaun tnggl 23 keatas je, murah...! Itu la tiba2 je terjumpa...he he, beli je la bbrapa buah, tuk dri sendiri, tuk abg & tuk kawanku yg nak posting x lama lgi. Huh beres...! Senang cita...
     Balik umah, bungkus la hdiah & kad lalu ltak je kt atas almri bilik je..msa berlalu & ku pun dah tr lupa. Dah mlm, ku brsantai2 je tngk tv, tiba2 je abg(keluar dri blik) mcam suka je cakap...'ni hadiah & kad arijdi abg ke..? He he...ku tergelak dlm hati, ada taman dlam hati...ye la, smpan la dulu smpai dmpet yg lama tu rsak bru pakai. Brbaloi la kut...!
     Yg seronoknya mlam tu mkan 2 kek hrijadi..dri ku & dri teman2 pejabat abg, so sweet...!

Monday, January 24, 2011

suka2 ati ku aje...

     Slam...! Pagi2 ni ku memang  sorang2 kt umah, best gak kadang2 tapi adakala boring giler, tpi ari ni ok je...nak sambung tido pun x de sesapa nak larang tpi aku ni klau pgi2 ni memang x bleh tido nnti kepala naik pening, lagi pun orang tua dah pesan, x baik tido pagi...rezeki lari..he he ntah betul ke x, x tau la. Lgi pun banyak je keje umah nak wat.
     Ari ni ari jdi abg, seblum dia g PT & anta ank2 g sklh, ku dh ucap la slmt kt dia tanpa kad atau apa hadiah pe lagi...sprti thun2 seblumnya, nnti la ari ni kut...bli kek je ,kenyang gak kami. Sebenarnya pnya la mrajuk, thun lpas bgi hdiah, x sudi pun dia bukak, dia tngk je...(agak ea dio pun mrjuk ngan den mso tu! pdan muko den...) dh bbrapa ari, ku yg buka sndiri, tau la tiap thun ku bgi selai kemeja je, bkan murah la, dkat seratus gak harganya tpi ada diskaun la...mano den mampu klau x do potongan kan! 
     Tahun ni ku ingat2 je ari jadi dio dlm kepala sejak sebulan dlu...x nak bagi adiah lagi! he...he, bgi kad je la, biar dia leh tengok/simpan lama2, dah kerepot pun boleh tngk lgi...tu pun klau dio simpan kan! Nasib aku la kan...

     Lgi pun den geram, dio asyik ingat ari jdi orglain yo...sabo je laa...

Monday, January 17, 2011

KELIRU

   Bila kemarahan mula  bertahta dihati,
jiwa menjadi tidak tenteram lagi.
Kebencian pun mula menjenguk dasar hati.
Lalu menetap disitu.
Amat sukar untuk mengawal perasaan ini lagi.
kesakitan yang amat sangat
pada siapa agaknya dapatku kongsikan
kawan sudah ku tidak percayai lagi
malah hampir semua orang sudah begitu jauh
hanya pada Allah
namun masih ingin mencari insan lain yang memahami
malah mahu berkongsi semuanya
tanpa hasad dengki, penuh keikhlasan, kasih sayang,
jua tidak menyakiti
walau dengan apa cara sekalipun...

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, January 12, 2011

SENDIRI

sepi sunyi sendiri lagi
kala ia datang terasa benci
namun kadang kala amat diingini
amat mnyakitkan
namun ada ketika amat diperlukan
malah kadangkala begitu menenangkan
ingin sekali lari dari gigitannya
bisa yang menyagat
waktu yang sama selalu inginkannya
untuk muhasabah diri
untuk kenali diri sendiri
sepi itu indah
sunyi itu tenang
sendirian itu resah

salam 2

     Dlam sbuah hadis mnyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah & kejujuran isteri terhadap suami di luar rumah. Patutlah setiap kali suami balik, terdetik dihati isteri, suaminya berbuat serong di luar. Klau tidak diluahkan pun, hatinya tetap berdetik & mereka2 sangkaan yg bukan2. Mula2 boleh dipendam, lama-kelamaan pecah juga. Suamipun begitu juga terutama jika isterinya bekerja & pulang lewat. Sangkaan buruknya sentiasa ada lebih2 jika isteri berlawa2 lebih sedikit dari biasa.
     Rupa2nya ini semua dimulakan oleh  seekor syaitan. Kerjanya mudah iaitu menanamkan rasa berburuk sangka diantara suami & isteri. Apabila kedua2nya mula tuduh menuduh, berlaku hingga membawa kpd keinginan untuk berpisah, itu tandanya ia telah berjaya. Maka tugas akan diteruskan oleh syaitan yg lain pula yang akan memastikan pasangan tadi benar2 berpisah. Dalam proses ini, perbagai bisikan supaya mengingkari perintah Allah akan dibisikkan, yang paling mudah ialah meniupkan rasa tidak puas hati terhadap takdir & menganggap semua kekalutan ini berpunca dari takdir yang tidak adil. Maka keimanan pun mula goyah.
     Rasullah s.a.w tidak akan masuk kerumah sehinggalah ia mendengar jawapan salam dari isteri baginda. Disaat itu syaitan tadi akan lari. Suami akan melihat isteri dgn pandangan penuh kasih sayang & kepercayaan, isteri pula memandang suami dgn rasa rindu & kasihan. Pasti kesefahaman & kebahagian akan dikecapi.
     Perkara ini nampak kecil tapi implikasinya amatlah besar. Hanya dengan tidak memberi salam ketika memasuki rumah, bibit2 kebencian akan bermula. Alangkah ruginya membiarkan syaitan bebas meletakkan bisikan2 jahat kedalam hati kita. Maka tetaplah kita mengekalkan salam walau dimana saja kita berada.
(catatan ini ku edit dari sebuah buku motivasi)

Tuesday, January 11, 2011

PERSOALAN

akukah yang bersalah
atau yang mnyusahkan
atau cuma mngisi kekosongan
jua kesepian

awalnya dia yang datang padaku
menagih diriku buat menemani hari2nya
sedang ku buta tentang dia
buta tentang wajahnya
buta tentang tabiatnya
masihkah aku yang bersalah
hadir dalam hidupnya
tanpa sepenuhnya kemahuanku
namun pasrah dalam ketentuanNya
demi mencari kebahagiaan sendiri
demi kebahagiaan orang lain juga
malah melukai insan lain
demi mengukuh hubungan yang kian jauh
demi dua buah negeri
demi dua buah daerah
demi emak abah
demi keredhaan ilahi
tidakkah dia mengerti
aku telah redha
pertamakali berganding bersama
masihkah tiada belas
hingga terus terusan menyakiti
benar2 tak mengerti
kalau tak mencintai
kenapa masih mau mengharungi
kenapa mau memiliki...?

hipokrit

kejujuran
dikala hati mendambakannya
ia hilang tiba2
yang bertahta cuma kepuraan
menutup sebuah kebenaran
dan membuka luka lama
tanpa belas kasihan
sedang ku baru membina kepercayaan yang pernah tercalar
kini pecah berderai dek penipuan
apa lagi yang dia mau
menusuk jantung ini
tanpa puasnya menyakiti
adakah kerana ia lelaki
terus menjadi egois
tanpa sedar membunuh jiwa wanitaku ini
yang sedia lemah bertambah lemah
yang sedia letih bertambah letih
tak sabarkah menunggu kematianku
agar segalanya menjadi mudah
untuk mengikut kata hati

Tuesday, January 4, 2011

Bebas

                    hilang ingatan...?
bebas dari memori lama
kosong fikiran
cara mudah untuk melupakan dia
memadam nostalgia indah yang tercalar
tentang luka yang menyakitkan
tentang merahnya dendam yang masih membara
tentang segala2 yang mengganggu minda
bebas...
terbang umpama unggas
melayang diangkasa-raya
lepas luas terbentang
tanpa sempadan
kedinginan tubuh disapa sang bayu
nyaman, damai lagi tenang
pasti ini yang terbaik
dengan coretan cerita
jua ukiran memori baru
teguh...
penuh semangat baru





Saturday, January 1, 2011

gadis kecil


gadis kecil itu milikku
penuh senda ceria
tanpa butiran masalah
hatinya cuma kegembiraan
tuturnya bak kicauan unggas
lincahnya bak rerama terbang melayang
begitu riang
penuh tenaga
ahhh...! Kalaulah ku bisa menjadi gadis kecil lagi
pasti kan kususuri kembali
bermain air ditepian danau
menangkap haruan menyusuri lumpur
mengejar pipit yang riuh meratah padi2 dibendang
berenang disawah yang kebanjiran...

wahai gadis kecil yang keletah
hadirmu membawa kenangan
nostalgia indah...
kerana kau adalah...
cermin diri ini.



teman

teman...
tanpamu, pasti sunyi hidup ini
sepi tanpa bicara
tanpa pendengar setia
mana mungkin berceloteh sendirian
bisa jadi gila

teman...
tetaplah disamping ku
walau batas sempadan merentang
pasti ada jalan terluang untuk terus bergandingan
walau tanpa kata lagi
walau tanpa bicara lagi
kerana...
dimana ada kemahuan disitu jalan terbentang

teman..
tetaplah mendengarkan ku berbicara
walau hanya hati yang berbisik
atau cuma lakaran tulisan...
 jua lukisan
pasti tetap ada ruang untuk berbicara
antara kita.