Kau juga pelangi kuindah warnamu berbaris menebar alam
memukau sejuta pandangan
terpaku menatap dengan hati gelisah
terbayang seseorang
wajahmu sering dilayar itu
titik hijau menyerlah tanda kehadiran
jauh entah dihujung mana
jejari mesra membelai kacanamun sempadan merentangi
terhalang dari terus berbicara
ucapan salam tidak berbalas
khabar diri tidak ketahuan
kaku mata menatap titik hijau
menutup titik pelangi nan indah
yang tidak lagi dihirau

titik hijau dalam tatapan
bimbang hilang sepantas kilat
rela tanpa kata
agar terus menyala
kerana getaran dapat kurasa
hati kita sedang berbicara
bisu tanpa tinta
tanpa sedar ada kesakitan
didalam dada...
JB, 19082011, 8.41am

No comments:
Post a Comment