Wednesday, February 16, 2011

yg tersirat

kesunyian sering menjerat
tanpa sedar kaki terikat
kata-kata manis bermadah
nasihat ikhlas jadi nyanyian indah
membelai jiwa gelisah
mngikat hati gundah

hatinya mula berputih
bunga2 kecil memutih
sesuci salju membeku
aahh...ku x mampu menahan dia
kian hari kian meluah putik2 yg kian berkembang

terasa amat menakutkan
mula mengocak jiwa yang damai
bakal membawa ribut yang tak tau sebesar mana
taufan yang bisa mnghancurkan
istana kecilku yang kian usang
kian tua dimamah waktu
yang nampak lemah tpi sebenarnya gagah
tanpa dia ketahui...
kami masih utuh sebenarnya
dari hari kehari
 dewasa bersama usia dan dugaan...

tolonglah mngerti wahai teman
janganlah mngambil kesempatan
dalam kebaikanku
semata untuk mu lari dari kesepian

tolonglah fahami wahai teman
teruslah berjalan dengan tabah
tanpa perlu mencalarkan perasaan ku
menuju ke halamu sendiri
jalan mu sendiri
kerana ku amat pasti
Allah akan menunjukkan jalan keluar buatmu
cahaya untukmu
seiring doa tulus dariku.

No comments:

Post a Comment