Tuesday, January 11, 2011

hipokrit

kejujuran
dikala hati mendambakannya
ia hilang tiba2
yang bertahta cuma kepuraan
menutup sebuah kebenaran
dan membuka luka lama
tanpa belas kasihan
sedang ku baru membina kepercayaan yang pernah tercalar
kini pecah berderai dek penipuan
apa lagi yang dia mau
menusuk jantung ini
tanpa puasnya menyakiti
adakah kerana ia lelaki
terus menjadi egois
tanpa sedar membunuh jiwa wanitaku ini
yang sedia lemah bertambah lemah
yang sedia letih bertambah letih
tak sabarkah menunggu kematianku
agar segalanya menjadi mudah
untuk mengikut kata hati

No comments:

Post a Comment