Saturday, September 17, 2011
Wednesday, September 14, 2011
HUJAN
Pancaran kilat menerangi
berapi menakutkan
amaran dari tuhan
namun bumi tetap teguh
mesra rela mengusap lembut
bersatu indah
tanpa hirau marah guruh berdentuman
hujan...
setianya menuju bumi
belahan panah tanpa kasihan
dihembus taufan melayang
dibalut suasana suram
tetap teguh arahmu
hujan...
ingin aku sepertimu
lembut, dingin, mengasyikkan
tabah, gagah dalam kilauan
membasah tubuh dalam dakapan
mesra menyatu keserata alam
membina sungai2 indah
tasik2 bercahaya
laut luas saujana memandang
walau sesekali mengganas
tetap mengagumkan
tanda kebesaran Nya
berapi menakutkan
amaran dari tuhan
namun bumi tetap teguh
mesra rela mengusap lembut
bersatu indah
tanpa hirau marah guruh berdentuman
hujan...
setianya menuju bumi

dihembus taufan melayang
dibalut suasana suram
tetap teguh arahmu
hujan...
ingin aku sepertimu
lembut, dingin, mengasyikkan
tabah, gagah dalam kilauan
membasah tubuh dalam dakapan

membina sungai2 indah
tasik2 bercahaya
laut luas saujana memandang
walau sesekali mengganas

tanda kebesaran Nya
Monday, September 12, 2011
PRASANGKA
Sekali dia menyapa
hati tersentuh hiba
kiranya masih diperhati
dalam sepinya berita
dalam bisunya kata2
dalam sunyinya suara...
tergaris luka gembira
tanpa sedar kolam mata berkaca
menjadi sungai indah
tanpa suara
tanpa irama...
sedang hati kian tertanya
kerana apa sapanya
untuk mengubat luka
atau menambah sengsara
atau menyambung bicara bisu yang kian menjauh
atau bawa berita dia masih peduli
atau pesanan agar aku tetap tabah
atau tanda dia masih ada...
Aahh...! Hati...
janganlah prasangka
akui saja...!
bahagia bertahta
JB, 09072011, 9.27am
HIJAU PELANGI

indah warnamu berbaris menebar alam
memukau sejuta pandangan
terpaku menatap dengan hati gelisah
terbayang seseorang
wajahmu sering dilayar itu
titik hijau menyerlah tanda kehadiran
jauh entah dihujung mana

namun sempadan merentangi
terhalang dari terus berbicara
ucapan salam tidak berbalas
khabar diri tidak ketahuan
kaku mata menatap titik hijau
menutup titik pelangi nan indah
yang tidak lagi dihirau

titik hijau dalam tatapan
bimbang hilang sepantas kilat
rela tanpa kata
agar terus menyala
kerana getaran dapat kurasa
hati kita sedang berbicara
bisu tanpa tinta
tanpa sedar ada kesakitan
didalam dada...
JB, 19082011, 8.41am
Subscribe to:
Posts (Atom)